Explorace Kemerdekaan Muzium Kota Kayang

1 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Ogos 2018, Muzium Kota Kayang Perlis telah menganjurkan program merdeka bersama pelajar sekolah dimana Pusat Internet 1 Malaysia Perlis telah dijemput untuk membantu program ini. Program ini disertai oleh pelajar tingkatan 2,3 dan 4 dari sekolah-sekolah sekitar Perlis. Pelbagai aktiviti yang dilakukan di dalam program tersebut seperti explorace dan sebagainya.

Aktiviti yang diadakan ini mampu menaikkan semangat merdeka dalam diri peserta kerana mereka dapat belajar banyak maklumat berkenaan sejarah Malaysia di muzium tersebut. Dengan adanya program seperti ini, ia dilihat mampu untuk mengeratkan hubungan pihak muzium dan pelajar dengan pihak pengurusan Pusat Internet.Dengan adanya aktiviti seperti ini, hubungan baik dengan masyarakat dapat dikekalkan dan mudah bagi pertugas Pusat Internet untuk mengadakan aktiviti-aktiviti selanjutnya.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali